Tuesday, October 16, 2012

Adilkah ALLAH?


"Aku menduduki peperiksaan, dah cuba sehabis baik tapi masih dapat result yang teruk."
"Aku lihat penganut agama lain pun ramai yang berjaya, walaupun mereka tak solat."
"Apa bezanya aku jalani kehidupan ini menngikut cara islam atau selain islam?"
"Tak masuk islam pun masih boleh berjaya dalam kehidupan."
"Dalam agama lain pun ada juga orang yang baik, menderma dan menolong orang."
"Tak kurang juga dalam islam, ada yang jahat, sombong, mencuri.."
"ADILKAH TUHAN?"
"Sebahagian lahir memang islam..Jadi yang lahirnya bukan islam terpaksa mencari islam, itupun kalau jumpa."

"Allah tidak pernah silap dalam pentadbirannya. Semua yang berlaku atas kehendak-Nya, ketentuan-Nya."
"Kuasa-Nya tak akan berkurang sekalipun kau tidak menyambah-Nya."
"Allah tidak pernah berjanji bahawa kehidupan ini akan sentiasa mudah..Kerana asas kehudupan itu adalah ujian serta cabaran.."
"Allah hanya berjanji Dia akan bersama-sama denganmu disepanjang kehidupan ini."
"Kenapa Allah ciptakan kehidupan?"
"Tiada sebab lain melainkan untuk melihat apa yang kamu usahakan dalam kehidupan kamu.."
"Itulah sebabnya tak masuk islam pun masih boleh berjaya...Kerana mereka telah berusaha dalam kehidupan mereka"

No comments:

Post a Comment